Sunday, 29 April 2012

Cara saya lukis watak. =D

 


So hari ni saya sangat dalam good mood dan gembira 
walaupun saya terdatang lambat ke kelas tusyen dan terlupa bawak kalkulator.
Dan juga dapat banyak salah dalam matematik.
Wahahahaha~ 
Rsa mcam nak koyak je kertas math sbb x bawak kalkulator.

So Hari ni saya akan tunjukkan cara saya lukis watak.
Saya tau x cantik mana.
Kalau ada komen apa2 tulis je. 
Mcam x cantik ka apa ka.
Nanti saya betulkan mana yang salah. =D
 Anyway. Saya masih belajar melukis. =D

CARA SAYA LUKIS WATAK.

video


Ok! Jumpa di lain post!

Saturday, 28 April 2012

Salahkah bercinta?

 

So saya dah kembali lagi. Wahahahahaha!

So apa kabar? Ok2 x yah jawab. Bukan saya dengar pon.

Hari ni saya nak post psal benda yang saya janjikan tu iaitu. Salahkah bercinta.


SALAHKAH BERCINTA?
    

X salah eh. Sapa kata salah. Tapi ada syaratnya. Nak tau apa dya?

1.Cinta kepada Allah.

Ni yang first skali n terpenting skali. Klau x cinta pada tuhan. Cam na la manusia nak cinta pada kita.
Benda ni ibarat pokok. Klau pokok x da akar mcam mna nak dapat air. Ish2. Paham x saya punya bahasa kiasan?

Sekiranya kita menjaga hubungan kita dengan Allah. InsyaAllah. Hubungan kita dengan manusia
akan terus kekal dan dipelihara oleh-NYA.




Ok2. Masuk kedua pulak

2.Jaga batas2 syarat.

Manusia zaman sekarang atau lebih tepat remaja zaman moden ni semakin x jaga batas pergaulan.
Tu la orang suruh p AL x mau. Nak p AP gak. Kan dah susah. Ish2.

Haha saya gurau ja. Wajib untuk menjaga batas pergaulan dalam bercinta.
Rasullulah bersabda 
"Maka orang ataupun pihak ketiga ketika mereka berdua-duaan ialah syaitan."

INGAT! Syaitan. Bukan nya kawan. Tapi klau kawan biarkan kawan sendiri bebas bergaul.
Kira mcam setan jugak la kan?

3.Cinta tanpa racun.

Racun? Eh2 bukan cinta minum racun ka apa ka. Tapi racun ni mcam
permusnah bagi cinta.
Antaranya mcam tadi la bergaul bebas,telefon berjam jam, berpelukan, berpegangan tangan.
dan sebagainya.


4. Lelaki yang soleh hanya untuk perempuan yang solehah

So laki2 yang perasan dya alim n soleh untuk dapat perempuan yang soleh n sejuk mata memandang?
Keep on dreaming. Because you won't! Klau nak perempuan baik kena la jadi baik btul x?
Tepuk dada,tanya iman. Jangan tanya kawan pulak

 5.Berkahwin,beranikah anda?

Yang ni paling disyorkan oleh orang2 tua kepada orang2 muda.
Tu je la kot. Saya tak tau sangat psal kawin.


Saya amik dari komik sya beli haritu.

So semoga dapat manfaat dan jumpa di lain post. =D

Friday, 27 April 2012

Kucing-ku dalam kenangan.

 


Hai hai! Apa kabar? Baik skali lagi? Alhamdulillah.

So cam ne hari korang fine? Klau x fine. Sbar ja la.

Allah bagi ujian tu sbb dya tau kita boleh hadapi. Walau pedih n perih kita rasa.

sebelum saya nak postkan pasal salahkah bercinta. Saya nak post psal kucing saya dulu.

Haaaa. Mesti nak tau kan apa jadi kat kucing saya. Ari tu( x ingat bila) kucing saya jatuh dari bumbung.

Kalau duit x pa gak. ni kucing. Anak kucing pulak tu. Baru dalam 3 bulan. Kesian.

Berdarah kot. Nasib baik x mati. Alhamdulillah.

Selepas dya jatuh tu. Kucing tu x banyak bergerak. Kesian dya.

Dya sangat2 comel. Tuan dya kurang skit dari dya. Haha gurau ja. Mesti tuan lebih comelkan?

Haha gurau skali lagi. =D

Ok saya tau x lawak. So jangan la gelak. Wahahahaha. Sbb kan post psal kucing, Saya nak bagi fakta psal kucing. Dua ja.

"Kucing menggunakan misainya untuk mengagak saiz badan. Erti kata lain.
Contoh klau kcing nak lalu satu lorong. Dya guna misai untuk ukur samaada dya celus atau pon tidak.

Sangat unik kan? Dan satu lagi Kucing hanya dapat melihat warna putih atau hitam saja.
Erti kata lain. Kucing hanya dapat lihat sekiling dengan warna hitam atau putih.


So bagi tuan kucing yang perempuan n suka pakai lawa2 sbb nak mengorat kucing.
X payah la susah2. Kucing bukan tau pon warna apa yang korang pakai. 
Wahahahahaha.


Ok2 saya rsa mcam nak post gambar kucing saya. 


Kucing ni yang jatuh bumbung ni





Ok2 tu ja kot. Junpa di lain post.

Monday, 23 April 2012

Cinta,Cintan,Cintun. Apa itu?

 


OK! Apa khabar skali lagi? Baik lagi lagi? Alhamdulillah!

So~ Hari ni saya pergi Pesta Buku dkat Perpustakaan Pulau Pinang.

Pergh~ Best o! Ada banyak orang. Banyak laki. Banyak perempuan.
Cashier. Orang jaga Cashier. Mak cik2. Pak cik2. Nenek x da. Pastu ada plastik. Almari.

Banyak lagi a!

Saya nak cerita skit. Msa sya p sana. Ada se-geng mak cik (lingkungan 15-16 tahun)
Rsa2 dari skolah AP. Sbb dya pakai tudung labuh. Tangan panjang. Sejuk mata memandang.

Ish2. teruk betul saya ni. X pa la. X kesah. Pastu an. Msa dok belek2 bku tu. Saya ada perasan
satu benda.

Mak cik mak cik tu dok usha saya n kawan saya haziq!
Sya naik seram a. Tapi kami buat x tau ja la.

Pastu an. Klau kami p kat tempat form3 punya buku. Depa t ada. P kat sini. Depa t ada.

Mcam hantu~ Ada satu time tu. Sya dok belek2 komik. Ada ke patut dya dok dekat sya.
Sya pon apa lagi.


Lari!!!


Bahaya laki ngan perempuan dok dekat2. Timbul fitnah lak.


Ish2 tu x kesah la. So saya ada beli dua komik. Satu yang menarik perhatian ialah komik

AKU,KAU DAN CINTA~ <3

Saya dah lama dah nak beli buku ni. Akhirnya jumpa jugak!

Ok sbbkan psal cinta. Saya cerita skit psal cinta dalam post kali ni.

CINTA
 Ni komik yang saya beli



Ok2 Saya cerita pasal cinta.

Salahkah Bercinta?  

Sebelum tu saya nak tuliskan satu kata kata mutiara.

"Kehidupan ini umpama bunga dan cinta adalah madunya"

 Ok bye jumpa di lain post. Saya akan tulis psal Salahkah bercinta.




Friday, 20 April 2012

Pantang orang tua2 yang pelik n ajaib

 

 Apa kabar? Baik lagi? Alhamdulillah.

So~ Awak semua pernah dengar pasal pantang larang?

Terutama pantang larang orang2 tua. Alaa~ Zaman nenek kite dulu.

Pantang ni banyak o~ Pantang mengandung la. Pantang ni la. Pantang tu la
(Actually x tau pon).

Macam2 la. Kadang2 pantang larang orang dulu ni pelik.

Actually. Nenek moyang kita ni lagi pandai dari kita.
Depa slalu buat ayat tersirat dan tersurat.
Dya nak kita berpikir.

Contoh mcam merisik. Depa berpantun.

Ni saya ada belajar skit kiasan yang depa guna.

Pak Seman: Cik Bi, bunga di taman sudah dipetik belum?
Cik Bi: Belum.Kenapa?
Pak Seman:Bukan.Sebenarnya ada kumbang hendak hinggap.
Cik Bi: Oh begitu. Hinggap la. Saya tidak kesah pon.
Pak Seman: Eh begitu sahaja?
Cik Bi:Ye le. Saya mana ada tanam bunga. Sebab tu saya x petik.
Pak Seman:#$%^&


So. Paham x kiasan depa guna ni?
Jangan jadi mcam Cik Bi sudah. Mampuih orang merisik tu.

Ok2 Kat sini saya ada la skit pantang larang orang tua2. So pikir2kan.



@Jangan makan ubah-ubah tempat. Nanti kahwin banyak.



Perghhh. Best betul dapat kahwin banyak-banyak hanya dengan makan tempat lain-lain. Ni kalau lelaki suka la ni. Boleh cukupkan kuota katanya. WALAUPUNNNN


Maksud tersirat: Nanti makan banyak banyak tempat. Kalau nasi ada jatuh-jatuh. Kan menyusahkan hidup nak kutip sebutir-sebutir nasi yang jatuh tu. Takut makan bersepah sebenarnya




@Jangan menyanyi dekat dapur. Nanti dapat laki tua.




Maksud tersirat: Dah asyik sangat goyang garuda nyanyi lagu dangdut dekat dapur. Nanti kalau tengah masak ikan kembung ke apa. Tak ke hangus rentung masakan di masak tu. Sebab asyikkk bebeno menyanyi. Ikan hangus pon kau tak perasan. Letak garam pon mahu seguni sebab ralit sangat menyanyi habis semua kencing masin makan makanan kau




@Jangan main dekat luar time senja. Nanti ada momok.


Eleeeeeeehhh. Ini masa aku kecik-kecik dulu ye la aku cuak jumpa momok. Tapi so far, dalam hidup aku, aku tak pernah lah jumpa momok. Dan memang aku tak nak jumpa pon. Panggil MOMOK ni lagi cute sikit daripada panggil HANTU. Panggil hantu nampak macam seriau sikit



Maksud tersirat: Time time senja. Masuk la rumah. Syaitan banyak tengah berkeliaran mandi manda bersuka ria dekat luar time tu. So baik dok dalam rumah diam-diam. Lagi pon dah nak Maghrib. Depa suruh solat Maghrib tu. Jangan asyik melalak je main bola sepak,galah panjang atau polis sentri dekat luar




@Jangan potong kuku waktu malam,nanti mak ayah meniggal kita tak sempat jumpa


Benda ni menakutkan ok bila dengar. Habis panjang lah kuku masing-masing. Pergi sekolah pon rela kena denda sebab kuku panjang. Sebab takut mak ayah meninggal tak sempat jumpa. Takut nak potong kuku time malam. Petang tak sempat nak potong sebab dok main galah panjang hari-hari dekat luar masa lepas sekolah. Kalau bagi alasan macam ni. Memang free-free kena pelempang dengan cikgu disiplin




Maksud tersirat: sebenarnya zaman-zaman dulu diorang pakai pelita. Takut tangan terbakar ke hape. (over tau sampai terbakar) Dan lagi satu kan malam. Malam kan gelap. So kalau tak nampak boleh luka kan kuku.



@Jangan tunjuk pelangi nanti tangan kudung.


haaa yang ni saya tak tahu apa maksud tersirat dia. Kenapa tangan kudung ke hape. Ada sesiapa tahu?



@Jangan duduk atas bantal, nanti naik bisul.


Tapi best sebenarnya duduk atas bantal ni. Empuk dan best. (eh cam selalu buat je. Tahu pulak empuk dan best)


Maksud tersirat: Tak elok lah kan benda yang kita letak dekat kepala dipunggungkan. Kot lah terkentut ke hape atas bantal tu. Kita pon elok je sedap krohh krohh tidur atas bantal tu.



@Time baring, jangan meniarap angkat ke dua-dua kaki naik ke atas. Nanti mak ayah cepat meninggal

Maksud tersirat:Saya rasa sebab nampak tak sopan kot pose mende alah ni. Lagi-lagi perempuan kan yang buat. Nampak cam kwanghajar lah pulak kan.
 

Ok sampai sini je kot! Bye~

Monday, 16 April 2012

Adik beradik ku yang fantastic!

 

 Apa kabar? Baik? Alhamdulillah!

Ok2 Hari ni sya nak cakap psal adik beradik saya pulak!
Ha~ Mesti nak tahu kan?

X mau!

Ok2!(buat x layan je) Saya ada lima adik beradik termasuk saya la. Kira empat la?

Aish. Dok cakap belit2 buat apa?
Hmmm. beruntung dapat lidah x boleh belit.

Tapi ayat boleh belit pulak?
Pelik bebenor dunia ni?
Sebelum saya mulakan. Saya nak cerita ni. Saya kena tipu dengan mak cik saya yang
bernama Fatin~ Wuuuuuu~ Dua kali dah. Ada ke patut dya buat cam tu kat sya ni?

Ok2! Sudah. Kita sambung balik.

Ok kita mulakan dengan Bismillah. Abang saya dulu.

Nama: Ali Ikhwan bin Mohamed Shaharudin( bukan bismillah ok~)
Umur: 18 tahun

Dya ni suka buat lawak mcam saya. Adik beradik yang rapat la katakan~
Kami slalu main bola keranjang sama sama. Ni sebab pengaruh Anime.
Kami dua2 suka anime yang sama!
Sangat menarik kan?


Ok2 kedua. Kakak pulak!

Nama: Nur Syafiqah binti Mohamed Shaharudin
Umur: 17 tahun.

Saya dengan dya la yang paling rapat skali antara yang paling rapat.
Rahsia apa2 kami kongsi sama2. Saya bagi rahsia kat dya sebab. Saya boleh percaya dya.
(Yang lain tu mesti cta kat ayah saya punya)
So~ Tahun ni dya amik SPM. So doakan dye ye~


Ok2 adik pertama pulak!

Nama: Nurul Asyiqin binti Mohamed Shaharudin
Umur: 13 tahun.

Yang ni pulak. Hish~ Keja nak cari pasal dengan orang ja.
Sehari kalau x gaduh dengan dya. X sah o~
Orang buat ni salah. Buat tu salah.
Tapi, gaduh macam mana skali pon. Kami tetap bermaaf maafan nanti n tetap adik beradik.
Bak kata peribahasa" Tak putus air dicincang."Saja terbalikkan.
Buat apa cincang air. Bek cincang daging boleh masak~


Ok2 yang last punya ialah! Jeng Jeng Jeng!

Nama: Nur Syahira Izzati binti Mohamed Shaharudin(bukan jeng jeng jeng)
Umur:11 tahun.
Dya ni la yang paling manja skali. Sebab tu anak bongsu slalu manja. 
Fakta yang x boleh dinafikan.
Dya ni la yang slalu buat saya marah. Ada sebab. Hish nak tulis banyak sangat.
Tapi nak buat mcam mna. Nasib nasib.

Haha! Tu ja la kot!
Post kali ni pendek n ringkas n x best pon.

Sedar pon!

Hmmm. Merajuk dua minit~
Oleh itu saya mempersembahkan kesemua adik beradik dalam satu gambar.
Yang dipanggil:





Teka la saya yang mana heee~
BEST SIBLING EVER!

Kisah kisah silam




                                          
Kucing depan rumah! Heeeeee~


Apa kabar semua? Sihat? Klau sihat Alhamdulillah!

Haha! Seperti dalam tajuk. Saya ingin ceritakan kisah silam saya!

Nak dengar x?
Klau x mau x pa. Sebab bukan dengar pon! Kena baca sendiri!
Wohoooo~

Haziq Roslan.
Ok2. Saya mula dengan diri sendiri n kawan baik
 
Saya dulu sorang yang tembam dan gempal. Kata kawan saya la!
Saya ada kawan baik nama dia Haziq Roslan. 



Kami kawan dari 4 tahun lagi. Sampai 15 tahun iaitu sekarang la.

Lama kan?
Harap harap berkekalan la kawan kami.
(Walaupun baru baru ni agak longgar n retak persahabatan kami)
X pa yang retak tu nanti saya pakukan balik.

Anyway! Nak tengok x gambar sya msa kecik?
                                              
Buat ayat mcam fb jap. Hehe Saya x comel mcam awak smua. Heee~

Apa? X comel?


K fine! Saya x kesah pon.
Haha!

Saya ni pakai spek. Nak tau sebab?

Bermula sejak darjah 5. Msa tu saya ada sorang kawan. Dya pakai spek
Saya pon nampak spek tu mcam benda yang menarik. Saya pon pakai.
Pakai2. Kawan kawan saya kata saya mcam doktor.
Kembang Sebentar~
Saya pon slalu la pinjam spek kawan saya tu. Sampai satu hari.
Saya punya mata jadi blurrrr~
Darjah nam baru buat spek! Msa tu power baru 175.
Skang ni dah 200! Meningkatkan?

Setiap tahun, saya mesti ada sorang kawan baik.
Dan setiap tahun. Pasti kawan baik tu akan lupakan saya.
Ish2. Teruk bukan?
Sorang demi sorang tinggalkan saya.


Ok! Cerita Cinta/Suka
Orang kata cinta itu buta.Saya kata cinta itu rabun.



Actually bukan cinta la. cuma suka ja. 
Saya dulu ada suka sorang budak perempuan ni. Dya comel~
Saya x hensem mana pon. Lagi satu dya dah ada boyfren.
Darjah nam ada boy. Dahsyat!
Sya slalu buat lawak. Sebab saya suka dengar suara dia gelak.
Pelik kan saya ni? Biasa la. Orang tengah suka2.
Masa tu saya bengong lagi.

Cerita dya mcam ni.
Saya dengan dya ni sama kelas. Saya slalu kacau dya dulu.
Last2 entah macam mna bley suka dya.
Saya ni pelik skit. Sya bukan cinta pandang pertama.
Saya cinta padang ke beberapa minggu or bulan.
Sangat hebat bukan?
Saya pon suka dya dalam diam.
Entah macam mana. Kawan sya tahu yang sya suka dya.
Dya p btau kat budak tu!
Adoi macam ni la kawan~
Pastu satu hari. Ada kawan saya ni btau yang dya dah ada boyfren.
Hati saya pon x berkecai. Retak skit ja. Nanti sya cellotape balik.
Ka letak gam uhu. Gam gajah pon bley gak. Gam 3 saat? Boleh la.

Hish. Slalu melencong. Ok2 sambung balik.
Sejak dari tu kami jadi kawan baik.
Apa? Nak tahu nama dya? Ok2. Saya btau janji jangan btau dya k!

Nama dya ialah Nur Syahira Diana binti Zainal Abidin.
Wah~ Nama bapak pon masih ingat.
(menantu mithali la katakan) Gurau ja! Dan. Jangan btau dya. Mati saya nanti
(Nasib baik saya tak bagi dya baca blog saya!)

Apa? Nak gambar dya?
Aih! Melebih nampak! Cari sendiri la.

Gambar dya x bley bubuh ma~ Nanti kena marah.
Klau gambar saya boleh ler. Tapi saya malu nak letak gambar sendiri.
Heeeee~ Klau sya bubuh pon. Saya shrink kan.
Orang yang humble la katakan,

Skang ni saya x suka dah. Saya suka orang lain.
Sapa? Mna bley btau. Huh! Smua nak tau.
Tapi bukan suka la. Mcam minat2 skit.

Maaf. Post kali ni membosankan.

Anyway. Rasanya tu ja kot.

En2 saya nak tanya skit. Ok x komik saya hari tu?

Tidak Ok!

Ok fine! Saya merajuk dua minit~

Saya main main je~ Adoi kamu ni~
Jumpa di post yang lain. =D


Thursday, 12 April 2012

Komik Pertama 2012 dan tidak akan siap!

 

Inilah saat saat yang saya nantikan dalam hidup ini!
Iaitu meng-upload komik saya yang x kan siap! 
Woot!
 Cuma lukisan biasa~ X sehebat siapa siapa
Cuma sehebat diri sendiri!
Sekarang ni saya tengah usahakan untuk membeli scanner.
Haha! Doakan saya ye~




2ND PAGE (PAGE PERTAMA HILANG)

 Antara babak2 dalam komik ni




 Scene call ni payah gak!








JADI. Tu je la kot! Saya tau saya kena banyak belajar lagi!
Jangan risau~

Ok la Jumpa di Post yang lain! 
 

Kelas Malam terbaik!

 

Sapa pernah pergi kelas MALAM?

Mesti x kan?
Dah agak dah!
 Kalau pergi pon, mesti berteman punya! I conform tu!

Tapi kelas malam kat skolah kami ni pelik skit!
 Sbb skolah kami ni 
BERHANTU

Mesti dah ketarkan baca benda ni?
Dah agak dah!

Malam tu, entah macam mna rsa berani nak bawak kamera.
(ada banyak kawan punya pasal kot)

Haha! Anyway, ada banyak gambar saya ambik!
Siap buat video lagi!
(Dah lama buat tapi x da idea nak update blog)

So saya update ni tengok ler!
Klau x mau pon. I x kesah!

Memang x mau pon!


 Ahaks~
(Gelak gedik XD)

Cakap pasal gedikkan, laki pon ada yang gedik gak kan?
Mungkin sebab hormon?
Saja- saja?
Kurang perhatian?
Kurang garam?

Errr~ X kesah la!
Asalkan diaorang bahagia.
Anyway!

Pagi tadi kami ada Bengkel Science kat Masjid Negeri!
Mak aih! Dah la hari tu hujan! Depa boleh pasang air-cond lagi! Ish2

Memang kulit tebal betul!
Kawan aku tu sampai demam!

X patut x patut!

Hmmm!

Semalam memang hari yang bersejarah dalam hidup saya dan anda yang sedang baca!
Kerana!
Jeng! Jeng! Jeng!

GEMPA BUMI!
MESTI FIRST TIME RASA SEKUAT
TU KAN?

Nasib baik x kuat, betul x?

Saya rasa sampai sini saja kot!

Kita jumpa di lain Post ya!   

Video 3 ZAID
 

video

Tuesday, 3 April 2012

Makcik yang muda =)

 

Kembali lagi dalam rancangan SIAPA DIA? Haha!
Baiklah, hari ini saya akan mempekenalkan seorang makcik yang tak cukup tua.

Umur baru 15 tahun~
Sekolah kat SMKA (p) AL-MASHOOR~

Nama dya ialah FATIN FARHANA

JENG! JENG! JENG!

Ok! Aku nak cerita skit pasal dya ni!
Dya ni seorang yang panas baran, kedekut, ni la, tu la
#Ni cuma bohongan semata! Jangan percaya!

OK2! Serious kali ni!
Dya seorang yang caring, sporting, pandai, dan banyak lagi
(Malas nak tulis panjang2 nanti kembang lak Mak cik ni!)

Haha! Dya ni cun  o~

APA? Nak tengok gambar dya?
HAHA! CARI LA SENDIRI!
Mana boleh ambil gambar orang tanpa kebenaran!
Klau mak cik Fatin ni bagi dah lama saya post ;) 



Dalam sebuah hadis riwayat Imam Muslim - Dari Abi Umamah Iyas bin Tha'labah al-Harisi r.a, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda : 

" Barangsiapa yang mengambil hak milik seseorang dengan sumpahnya (mengambil secara paksa atau merampas) maka Allah SWT telah mewajibkan neraka baginya dan mengaharamkan syurga untuknya dimasukinya. Kemudian seorang lelaki bertanya: "Kalau hanya barang yang sedikit Ya Rasulullah?.Nabi SAW menjawab walaupun hanya sebatang kayu araak ( kayu yang digunakan untuk bersiwak/bersugi)"

Jadi lepas ni! Sapa yang suka ambil barang orang tu!
Kurang2kan la! 
Anyway, ari ni memang sangat meletihkan! NAK TAU SBB APA?

X MAU!!! 

Kbye!

Haha gurau ja la!
OK2 ni saya tunjukkan jadual hari saya yang padat.
 7.00-3.15: Belajar, Makan dan benda2 lain.
3.15-5.00: Kelas Tambahan Math
5.15-7.45: P melawat org kat hospital
8.00-9.30: Tusyen BM( X p Pon) 
9.45-Tengah malam: Cari bahan untuk Folio Sej dan Buat keja Math(Indices)

Haha! Padat x? Klau x padat jugak.....bukan manusia la kot?

 SAYA:EH2 PERASAN SATU BENDA?
PENONTON:Apa?
  Saya: KITA DAH KELUAR TAJUK!
Penonton: Kisah apa? 

K sudah2~ Balik pada tajuk

Nak tau cam na kami kenal? AMARAN! Jangan cakap x mau!

Bermula di FB. Bergaduh adalah benda pertama kami buat kat FB.
Dya yang cari pasal. Dya yang kena balik.
#Terbukti AL lagi hebat dari AP

Pastu x ingat sapa add sapa. Yang pasti kami friend. Haha!
Bermula di Facebook dya IM.
So kami chat la. Lepas tu jadi kawan. X lebih dari tu!

Walaupun kawan, kami rapat. Rahsia- rahsia yang random kami berkongsi.
(Rakan kongsi la katakan)

Haha! Syok o kawan dengan dya~ Klau nak add bley ja

Cari kat carian
Tulis Fatin Fafar.
Atau pon cari blog dya!
Apa blog dya? Mesti x mau tau kan? Dah agak dah!

K la! Sampai sini ja kot rancangan SIAPA DIA? Jumpa lagi pada post akan datang!

Monday, 2 April 2012

First Post!

 


   "Saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerna dengan limpah kurnianya, dapat saya siapkan  satu post ini"
                                                             (Mood buat folio)

Actually, aku x nak pon buat blog. Ntah tiba2 rsa mcam nak buat haha!
Ada dua sebab aku buat blog. Nak tau x?

X MAU!!!



Ok bye!

Haha. Gurau ja. Ok2 mesti nak tau kan?
1. Sbb ada seorang kawan yang sedia mendengar cerita atau kisah2 sedih aku.Sruh buat
(Saranan la katakan)
2. Sbb nak upload komik atau pon sebagai tempat upload komik peribadi.

 Haha!
Aku tengah kusut gila ni! Hari Rabu ni kena bawak rujukan untuk folio SEJ!
Gila! Satu apa pon x buat lagi! Dengan itu aku buat la kerja kosong untuk org2 yang x da keja.
Aku membantu hampa dari menganggur~
(Eleh, bkan tolong pon. Hanya untuk kepentingan diri sendiri ja pon)







Jadi disebabkan "scene" ni, aku dibahagikan kepada tiga
1. Hati
2.Rasa
          3.Diri sendiri

HATI:Tak nak buat a! Dah la banyak keja lain!
RASA: Malas gila nak buat! Bukan dapat apa2 pon!
Diri Sendiri:Kena buat klau x kena rotan!

 Dengan ini, Terbukti la peribahasa"Ikut Hati Mati, Ikut Rasa Binasa"
OK la!
Sampai sini ja kot!
Lepas ni aku nak post pasal kawan aku yang memberi saranan kepada aku supaya buat blog!
       Nama dia ialah.......!





Tunggu la Post yang Lain!




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...