Monday 12 August 2013

Hari Raya 2013.




Assalamualaikum!

Hoiii!! Apa habaq? Tu dia. Cakap peneng piau punya~ Hahaha.
Ok2.Hanya bergurau. Hohohoh. So macam mana raya? Ok?
Haha. Alhamdulillah.

Saya hari ni x da idea nak tulis. Tapi klau biaq lama2. Nanti berhabuk lak.(Sebenaqnya dah berhabuk pon. Hehehehe.)

Hmmm. Saya tahun ni raya kat kampung. Kat Selama, Perak. Hari first raya, raya ngan ayah sekejap ja. Sampai kul 1 ja. Pastu ayah balik penang. Kerja. Hmm. Kesian dia. Ya Allah. Permudahkan urusan ayahku.

Haahaha. Pastu tinggal la kami 5 beradik kat situ ngan spupu spapat n saudara mara. Hahahaha. Pastu petang tu. Kami smua ada konvoi p umah sedara mara yang jauh2. Hohohoh. X da la jauh mana.
Sampai penang ja. Hmmm.

Nak tau bapa keta p? Dalam 9 keta kot p? Hahahaha. Banyak an? Yang bestnya. Bila berkumpul kat satu tempat nampak mcam gangster dok kumpul. Hehehehehe.

Kami x posing cam ni la. Hahahaha. Seriously.

Kami start kluaq kul 5 lebih. Abg bawak keta. Hahaha. Saya x reti lagi. Tapi dalam proses.(Berangan)
Mula2 p kat Alma dlu. Pastu x ingat. Pastu kat Juru. Hahaha. Pastu balik.

Kami habis beraya kul 12 lebih. Hahaha. Style x? Beraya rumah orang sampai kul
12 malam? Hoohohhooh. Jangan tiru aksi ni di rumah.

Pastu masa rumah last tu. Saya memang mengantuk habis a. Hahahaha. Depa dok rancak sembang. Saya relax ja dok tutup mata. Hohohoh. Pastu mak ja saya teguq.
"Faiz! Makan bihun ni. Nanti faiz tidoq susah. Nak teman abg bawak keta" Hahahaha. Time tu saya tersedaq skit. Saya pon amik la bihun skit. X tau la. Saya x sedaq pn saya makan bihun tu. Hoohhoho. Mak saudara saya teguq saya sbb makan sambil tidoq. Hahahaha. Seriously. MENGANTUK.!

Pastu x pa la. Dah makan tu. Jadi segar balik. So dah elok dah. Pastu masa dok on da way balik kampung. Hahahaa. Saya dok sembang ngan abg. Pastu x pasai2 mata jadi kuyu. HOHOHOH.

Pastu. hehehe. Abg saya dok cakap2 tiba2 senyap ja. Hahaahaha. Saya dah tidoq. Kesian abg saya bawak keta sorang2. Alhamdulillah sampai gak kampung kul 2 pagi. Lambat an? Saya masuk umah pastu p cari peti ais. Haha. Ada kek cheese beli kat expo kuih raya.

Saya pon makan. Hahaha. Kul 2 pagi makan? Gila ka x? X kot? Harap x la.
Pastu an abis la kisah yang x tau la menarik ka x.

Act. Saya rindu a nak bangun awai mcam masa bulan ramadhan dlu. Haiiihhh. Skang slalu sangat bangun lambat. Ada apa2 tips untuk bangun awai? Hahah. Kongsi lerrr. Tension o bangun lambat. Haih.

 
Pastu haaaaa. Nak dekat periksa dah nii. Haaha. Satu apa pon x baca lagi. Saya malas gak nak baca. Hehehehe. Payah o nak lawan fitrah manusia ni.
Hmmm. Apa2 pon usaha ja la. Insya Allah.

Hmmm. Apa lagi nak cita? X da pa dah kot. Haaa. Nanti saya ada sambutan raya kat skolah baru. Hohoho. Mcam best ja.


GAMBAR KAUM ADAM
Ok la. Sampai ni ja kot.
Ma'assalamah~

Saturday 8 June 2013

Kawan-kawan baharu-ku!

Assalamualaikum!

Hohohoho. Saya dah kembali ke rumah dan akan kembali esok ke asrama balik. Haih. -_-'

Hahahaha. Tapi itu bukan persoalannya. Hahaha. Saya kongsi skit kesan terlalu banyak tido. Hehehehe. Jangan marah~

1.Diabetes.

2.Kegemukan.

3.Sakit kepala.

4.Penyakit jantung.

5.Kematian.





Hehehehe. (Gelak sopan) Tapi ni bukan tajuk cita dya. Hari ni saya mahu ceritakan pada anda smua tentang....

Jeng~ Jeng~ Jeng~

KAWAN2 BAHARU SAYA DI SOK SEK!
HUUUU! Tepuk skit.
Sapa tepuk saya belanja choki2. K gurau ja~

Hahaha. Ok first of all.
MUHAMMAD MURSYEDI BIN MAZRI



Haaaa? Hensem an? Huhuhu.Dya ni memang slalu ikut saya p mana2. Hahaha.
N saya hari pertama kenal dya terus rapat sbb dya adalah budak terlambat dalam 2nd intake datang ke skolah tu. Sooo saya rapat sbb x mo bagi dya tersisih. Hahahha. Sampai skang rapat. N dya ni suka gila rendah diri~ Hahahha. Sya nak jadi mcam dya gak klau boleh. Rendah diri jaaa~ Ohhh yaaa. Suara dya. Subhanallah. SEDAP~ Dya bekas penyanyi nasyid kat skolah lama dya. Hahahaha.

Ok second lak!

Hilmi Yussof!



Haaa. Tau yang mna satu? Yang tengah2 tu laaa.Pakai spek tu. X kan smua kot. Hohoho. Klau smua hilmi yussof. Naya~ Dya ni masa mula2 kenal. Saya slalu kcau dya. Skang kami rapat~ Huuuu. Saya x tau sbb pa. Dya slalu minta nasihat saya. Tapi dya lagi bagus dari saya sebenarnya. Haih. -_-'
Dya ni baik jaaa. Slalu ingat kawan. N dya sangat menjaga kawan2 dya.

Ok. Next~ Adoiinye pon macam audition dah ni pon.

Umar Sarhan!



Hahahaha. Ni plak umar sarhan. Dya ni la orang pertama yang tegur saya masa hari pendaftaran. Kami dok dorm sebelah2 jaaa. Hahaha. Dya ni pon baik gak~ N dya ni lawak orangnya. Hahahaha.
Pompuan x leh tengok dya sbb depa kata mata dya lawak. Hhaahah. Nanti depa gelak. Dya act x suka pon orang komen pasal mata dya. Dya slalu gak cita masalah dya kat saya. Hohohoho.

Ok next~

Luqman Hakim


Dya ni manusia. Hahaha. For sure la manusia an? =P
Hmm dya ni minat game. N dya lebih rapat pada zamir. Saya ngan dya biasa2 jaaa. Hahahaha.
Dya ada kakak kat skolah tu. Huhuhuhu.

Hmmm seterusnya~

Nabil Syamim



Mengancam x? Hahaha. Dya ni. Saya baru ja rapat baru2 ni. Hehehe. Sbb saya slalu kcau dya dengan mengaitkan dya ngan sorang pompuan ni. Hehehe. Dya pon nampak mcam suka ngan pompuan tu. Hahahaha. Dulu kami biasa2 ja. Hmmm dya ni ada satu tabiat klau ada perbincangan. Dya suka cakap tapi cakap mcam cakap sorang2. Hahaha. Sya slalu dengar la apa dya cakap sbb dok dekat ngan dya. Pastu klau saya tegur cakap kuat skit. Nanti dya t gelak. Hahahaha.

Ke seterusnya~



Naim Malek!



Hahahaha. Dya ni masa mula2 saya masuk skolah tu. Dya dok usha rapat jaa saya. Pastu bila dah kenal Saya tanya sbb pa. Dya kata sbb nak kawan. N satu lagi. Dya kata saya pelik. Sbb saya satu2nya orang dalam skolah tu yang bawak beg besaq p skolah. Hehehehe. (Memang btul pon)
N dya pon rapat ngan saya gak. Slalu ajak saya tidoq dorm dya. Tapi dya nak jam loceng saya ja pon. T.T Huuuu sedihhh. Hahaha. X da la. Kami t sembang2 nanti. Hohoho. Dya ni banyak bercerita kat kami smua. Sbb dya ada banyak pengalaman. Hahahah.

Ok seterusnya~

Fakruj Shakirin



Hmmm. Nama sedap jaa~ Haahaha. Dya ni pelik skit. Dya suka gelak. Benda x lawak pon gelak. Hahaha. Dya ni suka pinjam spek saya. Sbb nak pakai. Hahaha. Mcam dalam pic ni. Tapi ni bukan spek saya. Tu spek hilmi yussof . Hahaha. N dya ni suka buat gila klau kami smua gather sama2. Haritu kami ramai2 tidoq dorm dya. Hahaha. Dya men lompat2 atas katil kami. Mcam orang gila. Hohohoh. Tapi esok tu dya demam. Kesian~

Ok. Last~

Adi




Dya ni. Budak dari selangor. Sama cam fakhruj. Hahaha. Dya ni kawan dan lawan dalam basketball. Hahahaha. Tapi dya lebih hebat n tinggi dari saya. Hahahah. n dya ni suka study. Tapi dya study dalam dorm dya lepas light off n dya pakai meja study portable yang ada lampu suluh. Hahaha. Saya penah tegur. Takut rabun. Dya watx tau ja. Hahaha. Hmmm. Dya ni pandai gak~ Lagi pandai dari saya, Hahahaha.

EMMMM. Tu je la kot.Tulis2 panjang2 sakit tangan. Mcam wat karangan kertas 2 lak. Hahaha. Agak2 berapa la markah. Hohohohoh. Untuk pengetahuan pembaca. Hahah. Smua ni budak form4 baru. Mcam saya jugak. Hahah.
 OK la jumpa di lain post~

Sunday 5 May 2013

Kemalasan dan Pemakanan. =)

Assalamualaikum!

Haaaaa. Saya dah kembaliii. Muahahahahaha! Mcam watak orang jahat an?
Nak wat cam na. Huhuhuhu!

First of all. Nak cakap pasal kemalasan. Haaaa. Lepas tanya beberapa orang n buat kajian.
Jawapan yang sama saya dapat. Iaitu. Kena lawan. Klau x lawan memang x leh nak buat keja kan?
Hahahaha.

Ok. Kepada pemakanan yang sihat. Saya amik terus pemakanan Rasulullah S.A.W. sbb segala perbuatan dya adalah ikutan terbaik. Hahahha. Malah dibuktikan melalui kajian sains lagi.

Ok2. Here we go!

Daripada Aisyah RA,
Bala yang pertama sekali berlaku kepada umat ini sesudah kepergian Nabi SAW ialah kekenyangan perut, sebab apabila sesuatu kaum kenyang perutnya, gemuk badannya, lalu akan lemah lah hatinya dan akan bermaharajalela syahwatnya.

Antara tatacara pemakanan sihat Rasulullah SAW adalah:
1.Suka minum susu.
Merupakan makanan kegemaran Rasulullah SAW. Susu kaya dengan protein, kalsium, vitamin A dan B. Zat protein berkualiti tinggi penting untuk membina tisu badan serta crucial untuk pembentukan antibodi melawan penyakit. Zat Kalsium dalam susu pula mudah diserap oleh badan dan kita semua tahu kalsium memang penting untuk pembinaan gigi dan tulang. Kekurangan kalsium mengundang osteoporosis. Zat-zat lain yang terdapat dalam susu ialah fosforus, magnesium, potassium, Vitamin B2(riboflavin) dan Vitamin D.
2. Rasulullah tidak minum susu sewaktu baginda memakan daging, ayam ataupun ikan.
Nabi Muhammad SAW pernah melarang para sahabat daripada makan ikan bersama susu. Dikhuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai di mana dalam badan ayam ion+(Positive Ions) sedangkan dalam makanan laut mempunyai ion-(Negative Ions), jika kedua-dua jenis makanan ini bercampur maka akan terjadinya tindak balas biokimia yang aktif dalam tubuh sekali gus mampu menyebabkan perut dan usus rosak dengan teruk.
3. Rasulullah SAW melarang meminum susu bersama cuka.
Kerana cuka boleh merencatkan penyerapan protein susu dan kemasaman nya boleh menghakis perut melalui tahap keasidannya lama kelamaan boleh menyebabkan gastrik.
4. Rasulullah SAW tidak makan ikan bersama daging, telur atau daun salad.
Dalam Kitab Al-Quran ada melarang manusia untuk makan makanan darat bercampur makanan laut misalnya memakan nasi berlaukkan tom yam dan lauk kenduri. Haiwan di laut dan di daratan mengandungi cas ion yang berbeza, kalau kita campurkan juga, sistem usus dalam perut kita akan rosak. jadi,  ia bakal mengundang penyakit dan membahayakan kesihatan.
5. Rasulullah SAW memakan buah-buahan terlebih dahulu.
Makan buah sebelum makan (1/2 jam sebelum makan nasi). Kita tak sepatutnya makan buah selepas makan nasi. Buah-buahan mengandungi serat/fibre yang tinggi. Apabila kita makan buah sebelum makan nasi, secara automatik perut kita telah penuh dengan serat. jadi, kita tak akan makan nasi dalam kuantiti yang banyak..
6. Rasulullah SAW biasa memakan bijirin seperti Habbatus Sawda’, barli dan oat.
Menurut Bukhari-Muslim, Nabi SAW bersabda:
Al-Habbah Al-Sawda’ mempunyai ubat bagi segala penyakit kecuali mati.
Pemakanan berasaskan bijian-bijian sememangnya berkhasiat kerana ia kaya dengan bahan phytonutrients. Phytonutrients adalah sejenis antioksidan yang berkuasa tinggi yang mampu meningkatkan sistem pertahanan badan, menyihatkan jantung, mengawal penyakit kencing manis dan kegemukan melampau serta juga mampu mencegah kanser.
7. Baginda SAW juga memakan roti yang diperbuat daripada gandum asli.
Gandum sempurna mempunyai perbezaan berbanding tepung gandum proses kerana ia mengandungi kadar protein, serat dan vitamin E tinggi yang mengurangkan risiko penyakit jantung dan merendahkan kadar kolesterol. Roti gandum mengandungi karbohidrat di mana setiap individu memerlukan 50 hingga 60 peratus karbohidrat setiap hari untuk membekalkan tenaga dan juga mempunyai zat-zat logam yang lain, vitamin dan serat untuk kepentingan kesihatan manusia.
Mengikut riwayat oleh Bukhari dan Muslim, Aisyah berkata,
Keluarga nabi tidak pernah kenyang dengan memakan roti gandum dua hari berturut-turut dan (pada hari mereka tidak memperoleh roti) mereka memakan tamar.
8. Buah tamar
Sememangnya sinonim dalam kehidupan Rasulullah SAW, ia dianggap sebagai makanan yang sempurna kerana ia mengandungi pelbagai khasiat yang diperlukan untuk kesihatan manusia. Kandungan serat yang tinggi dan lemak yang rendah serta gabungan beberapa zat lain yang terkandung di dalam buah tamar menyebabkan ia amat berkhasiat dan sentiasa digemari dan menjadi hidangan penting bagi nabi dan keluarga. Manakala buah tamar pula mempunyai unsur- unsur seperti karbohidrat, protein, serat, lemak serta zat logam yang lain untuk melengkapkan lagi hidangan tersebut. Ada sejarah di mana, seorang wanita Yahudi telah meletakkan racun dalam makanan Rasulullah SAW, dan ternyata bisa racun itu dapat di neutralkan oleh khasiat yang terdapat di dalam kurma yang dimakan oleh Baginda SAW. Sebab itulah Rasulullah SAW mengibaratkan orang yang tidak mempunyai kurma di rumahnya sebagai orang miskin.
Bukhari dan Muslim meriwayatkan; bahawa Aisyah berkata,
Ada ketikanya dapur rumah kami tidak berasap selama sebulan. Yang ada (untuk dijadikan makanan) hanyalah buah tamar dan air. Melainkan kadangkala diberikan kepada kami sedikit daging.
9. Nabi SAW juga memakan buah-buahan lain seperti tembikai.
Sehubungan dengan ini, Abu Daud dan Tirmizi meriwayatkan bahawa Aisyah pernah berkata, Rasulullah pernah memakan buah tembikai bersama-sama dengan buat tamar basah. Tembikai mengandungi 92 peratus air dan 8 peratus gula serta mengandungi antioksidan yang disebut lycopene yang mampu mencegah daripada pelbagai penyakit terutamanya kanser.
10. Rasulullah SAW juga menggemari sayuran dari jenis mentimun.
Mentimun kaya dengan air justeru ia menyejukkan badan. Di samping itu, mentimun juga mengandungi vitamin C yang mampu meredakan radang kulit dan juga mengandungi silika. Silika merupakan unsur penting yang diperlukan bagi menjamin kesihatan sistem saraf yang melibatkan otot, tendon, ligamen dan tulang. Oleh kerana mentimun mengandungi banyak air, maka pengambilannya dengan makanan yang berserat merupakan satu langkah yang baik kerana ia akan memberi manfaat yang lebih berkesan kepada kesihatan tubuh badan.
11. Nabi SAW juga menggalakkan pengambilan madu.
Baginda SAW mengamalkan minum air sejuk yang bercampur sedikit madu setiap pagi. Ia menghindar daripada segala penyakit. Madu kaya dengan gula(yang sihat), sedikit air, vitamin dan mineral penting untuk kesihatan badan. Dari segi sudut kesihatan, madu dikatakan berfungsi untuk membersihkan lambung, mengaktifkan usus, menyembuhkan sembelit dan keradangan.
Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya ada ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Rabb) bagi orang yang memikirkan(An-Nahl: 68-69)
12. Rasulullah SAW sentiasa mengamalkan banyak meminum air
Dengan meneguk perlahan-perlahan sambil memegang gelas dengan tangan kanan  dan melarang bernafas atau menghembus ke dalam air tersebut. Hal ini kerana udara yang sengaja dibuihkan dalam air itu mungkin mengandungi kuman dan bakteria yang berbahaya kepada kesihatan.
Minum sebaik-baiknya sebelum makan. Jangan meneguk air ketika sesi menjamah makanan, minum lah air jika tersedak, berasa kekeringan ataupun setengah jam sesudah makan, hal ini makan melancarkan selera makan serta mengelakkan dari terkena penyakit kembung air. Meminum air sekurang-kurangnya setengah jam sesudah makan dapat mengembalikan tenaga yang hilang pada kadar tempoh yang lama serta mengembalikan keserian wajah dan awek muda.
13. Rasulullah SAW melarang manusia makan dengan banyak dan melampau.
Diriwayatkan bahawa para sahabat berkata dari Rasulullah SAW:
Kita (kaum muslimin) adalah kaum yang hanya makan bila lapar dan berhenti makan sebelum kenyang.
Sebaliknya manusia itu hanya perlu makan ketika ia lapar dan berhenti sebelum ia kenyang. Baginda SAW meminta seseorang itu untuk mengisi 1/3 daripada ruang perutnya dengan air, 1/3 dengan makanan dan selebihnya dengan ruang kosong (udara).
14. Rasulullah SAW juga menyuruh menjamah secubit garam sebelum makan untuk menolak 70 macam penyakit dan ambil secolek lagi dengan jari manis tangan kanan setelah makan.
16. Rasulullah SAW juga mengajar untuk kita makan dengan tangan kanan tanpa sudu, garpu ataupun chopstick.
Dari Jabir r.a. berkata, Rasulullah SAW bersabda:
Jangan engkau makan dengan (tangan) kirimu, sesungguhnya syaitan itu makan dan minum dengan (tangan) kirinya.
Apabila selesai hendaklah dijilat jari-jari tersebut. Ahli saintis telah menemukan bahawa enzim banyak terkandung di celah jari-jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur.
19. Rasulullah SAW melarang meninggalkan makan malam.
Sesiapa yang meninggalkan makan malamnya, dia akan mempercepatkan tua sebelum masanya kerana keasidan serta tahap kolesterol dalam darah dan badannya akan berganda. Makanlah sekadar mengisi perut (bukan kenyang) walaupun dengan sebiji kurma untuk proses penghadaman dan proses metabolisme gizi-gizi makanan ke saluran bahagian lain sebab semasa tidur pertumbuhan badan kita akan menentukan tahap kesihatan kita.
20. Berpuasa
Selama sebulan pada bulan Ramadan dan disunatkan berpuasa pada hari-hari tertentu boleh menjamin kesihatan yang berkekalan sepanjang hayat. Apabila bersahur, minumlah sekurang-kurangnya segelas air sejam sebelum solat subuh dan selewat-lewatnya 10 minit sebelum masuk waktu imsak. Ini adalah perlu bagi menjamin kekuatan sewaktu menjalani ibadah puasa. Manakala apabila berbuka puasa pada waktu Maghrib, perlu disegerakan dengan memakan 3 biji kurma atau manisan dan segelas air terlebih dahulu.
Oleh itu, pengambilan diet dan menghindari larangan seperti di atas yang diamalkan oleh Rasulullah SAW merupakan aturan yang baik untuk mengekalkan kesihatan dan ia telah pun dibuktikan akan kelebihannya melalui kajian sains semasa. Justeru, amalan pemakanan yang dipamerkan oleh Rasulullah SAW seharusnya diikuti dan dicontohi oleh semua peringkat umur demi kesihatan yang mantap, kelangsungan hidup dan penyempurnaan ibadah yang bermutu.
Jadi, jika kita kaji semula dari apa yang ditinggalkan oleh amalan Rasulullah SAW yang cukup indah ini, pasti kita akan mengerti kenapa, pelbagai sakit misteri, kronik semakin menjadi-jadi di dalam masyarakat kita kini. Ini semestinya kerana, kita lupa untuk meneladani amalan atau tabiat pemakanan yang ditinggalkan oleh Rasulullah SAW. Akhir kata, mari kita renungkan bersama-sama sabda Rasulullah SAW:
Barang siapa yang sedikit makan, maka perutnya akan sihat dan hatinya akan bersih. Sebaliknya, barang siapa yang banyak makan, maka perutnya akan ditimpa sakit dan hatinya keras.
Hadis Riwayat Huzaifah

Hahaha. Amacam? Ok an? Ok la. Sampai sini saja. Semoga berjaya~


Saturday 4 May 2013

Periksa o periksa~

Assalamualaikum!

Hahahahha. Haaaa. Mesti semua dok merasa kehangatankan?(Bm tunggang langgang) Maklumla pemanasan global dan musim hujan. Hahahahha. K gurau. Tau x lawak. :P

Ok2. So. Kami form 4 Insya Allah t periksa hari SELASA ni~
Huuuuuu.  X takutnya~ Hahahahaha, Tau sbb pa?
Sbb SAYA X SEMPAT NAK COVER SEMUA BENDA!

Hmmmm. Memang x sempat. Apa boleh buat.
Tapi apa2 pon. Saya tetap ada sedikit usaha dan keazaman dan semangat. Dan kemalasan juga! =P Hehehehehe.


Anyway. Nak cita jugak target bai PPT ni. HAHAHAHAH. K jangan gelak,

1.Dapat sekurang2 5A
2. X da fail.
3. Result pling teruk C.
4. Subjek yang target A ialah Mod Math, Add Math, Chemi, Bio dan Physic.

Yeahhhh~ Ok x target sya kali ni? :D Tau payah nak dapat. Tapi Insya Allah.

"X dikeluarkan mutiara oleh laut"

Hmmmmm. Saya nak lawan dengan beberapa orang masa periksa PPT ni. Hahahahha. X tau la boleh menang ka x. Anyway. Saya nak minta maaf jika terkasar bahasa. Menggores jiwa dan raga korang2 semua. Cewaaah Bajet KL. Hahahahaha.

Klau ada apa2 tips untuk kurangkan kemalasan dan makanan yang menguatkan otak. Insya Allah saya kongsikan nanti. :D

OK. Jumpa lagi~

Saturday 30 March 2013

Result-ku di skolah baru-ku!

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh!

Apa khabar? Ok2 kepada anonymous yang lgi disayangi~ :P (Bergurau)

Ni dia result-ku yang x berapa bagus!

Bahasa Antarabangsa(Arab)-58
BM-Tidak Hadir
BI-Tidak Hadir
P.Islam-Tidak Hadir
Mod Math-40
Add Math-61
Bio-49
Chemi-51
Physics-86
Sejarah-82

Hahahha. Teruk an? Biasa la. Orang x baca buku n kurang progidy. Hahahaha.

X pa. Insya Allah. Periksa seterusnya saya akan try buat yang terbaikkk!!

Emmm. Teringat pula kata2 seseorang

"Tidak dimuntahkan mutiara oleh laut"
Maksud x kan dapat sesuatu yang berharga tanpa berusaha. Hahaha. Ok la. Jumpa lagi~


Monday 25 March 2013

Sekolah Baharu ku~

Assalamualaikum warahmatullahhiwabarakatuh~


Apa khabar semua~? Hahahaha. Gedik gila an? Ok. Seperti mana yang anda pembaca tahu, yang saya telah berpindah sekolah dari SMKA AL-MASHOOR(L) Ke SMS TUN SYED SHEH SHAHABUDIN.

Hahahaha. So saya nak cita la pengalaman skit selama 2 minggu di sana. First skali. Masa first time p daftar tu. Dapat dah kawan sorang. Nama dya Umar Sarhan. Hahaha. Dya ni muka mcam juvana. Tapi tu dia~ Pak lawak rupanya. Hahahah. Pastu kami semua second intake dok dalam satu bilik yang sama iaitu bilik tetamu. Sepatutnya kami dok dalam dorm ikut rumah masing2. Tapi pengetua takut kami x biasakan diri lagi. So pengetua asingkan kami dari pelajar2 lama.

Meh saya citakan nama kawan2 second intake saya.
1.Umar Sarhan
2. Luqman Hakim
3.Adi Muqri
4.Ridza
5.Hilmi Yussof
6.Abang Fitri
7.Mursyedi
8.Fakhruj Shakiri
9.Amirul.

Hahahah. Ramai x? Ramai an? Sbb ikut definisi ramai ialah lebih dari satu. :D
 Ok2. Pada hari pertama tu kami pergi kelas gak. Perhhh~ Jauh gila kelas ngan asrama. Dah la duk atas skali lak tu. Haih terima ja la~

Seperti biasa. Mai2 x da kerusi n meja. So saya n zamir kebingungan. Tiba2 datang sorang pengawas(KP) nama Akid Rusyaidi tolong kami. Fuhh~ Selesai keja. So kami dok sana ada satu masalah. Kami jadi senang lupa nama orang. :O Hahahaha. Tapi dah lama2 panggil ingat gak.

Pastu esok tu kami dikejutkan ngan satu peperiksaan. Rupa2nya kami datang masa peperiksaan. Alomak! Da la x baca buku. Pastu masuk yang x belajaq lagi.

Dah dapat result dah. Tapi...paham2 je la. Hehehehe
Pastu lepas beberapa hari tu. Jumpa kawan saya yang dulu junior abg saya.(Abg saya skolah sana dulu)

Dya ni pemain basketball skolah. So saya pon ceritakan keminatan(ayat apa ni!??!) saya terhadap basketall. So dijadikan cerita , dya ajak saya main. Esok tu dok elok2 main. Tiba2. msa saya lompat, nak landing tu kaki saya terkepak. Praapppp. Perghh~ Sakit!

Pastu ok jap. Main balik. (Hehe) Pastu malam tu. Tengok2 kaki bengkak.
Dipendekkan cerita, esok tu balik rumah. Perhhh! Best balik rumah. :D Mlam tu pi mengurut. Urghhh. Sakit gila. Dya p kepak kaki saya bagi elok balik. Hahahah.

X pa la. Saya mai2 skolah dah tertinggal banyak dah. Dua hari x p skolah.
X pa la. Pastu Semua jadi mcam biasa ja. Hahaha.
Haaaa satu lagi yang lawak. Haritu ada orang thailand mai skolah kami.

Pastu waktu riadah. Sepatutnya pelajar pakai baju sukan. Sya ni malas nak pkai baju sukan so saya pakai baju biasa. Ada kawan ajak saya men ragbi. Saya pon p. Kat padang ragbi tu ada tempat memanah.

Saya tunggu sekejap kat situ. Pastu kebetulan ada orang thailand kat situ. Tiba2 cikgu mai ajak kami men memanah. Saya pon ok ja la. Pastu dok men2 tiba2 cikgu cakap bahasa inggeris ngan saya. Saya pon mcam. Kenapa cikgu ni? Hahahahaha. Rupa2nya cikgu ingat saya orang thailand. Siap bagi keychain lagi. =D

Hahahahha. Hmmmm. Apa lagi a? Ha kat kelas saya ada satu pompuan ni. Suara dya~ Arhhhh. Macam chipmunk. Kecik gila. Setiap kali dengar suara dya. Mesti tergelak. Nyeh Nyeh Nyeh.

Haaa. Satu lagi. Ada sorang lagi pompuan muka dya sebijik mcam Kak Atirah Suhaimy. Hehehehe. Warna pon serupa. Huruf pertama pon serupa A gak. Hahahaha. Ntah2 Klon pa? Hahahahha. Jangan marah ya, Atirah~

Emmm. Takat tu je la kot. Hahahaha. Oh ya nak minta maaf kat atirah n baraq. X dapat siapkan komik. Sbb kami datang2 terus periksa so paham2 je la kan. Insya Allah. Akan siapkan. =D

K la. Jumpa di lain Post~

Saturday 2 March 2013

Keluarga dan Sahabat2-ku. :D

Assalamualaikumwarahmatullahhiwabarakatuh!

Apa khabar semua? Hahaha. Sihat? Untung la~(Ayat budak2 skang) Hehehehe. SO. Ada kawan saya tu. Dya kata saya ni dok rumah saja tapi sikit update. Hehehehehe.(Hambeeekk ngko!) So saya pon kerah la skit otak untuk kluarkan idea. Hahahaha. Ok2. Skang saya nak cita pasai orang yang nangis sbb saya nak pindah. Yang hampir menangis dan yang sedih ja. N kongsi sikit cita2 menarik. Hahahah.

OK2. Mula dengan menangis.



Hahahha. So msa saya btau nak p SBP tu. Adik saya Nurul Asyiqin. Menangis x mo bagi saya p. Lepas pujuk2 tu. Dya berhenti menangis dah. Hahahaha. Pastu esok pagi dya menangis lagi uruh ayah saya jangan bagi saya p. Kali ni ayah kami skali nangis tapi sbb   saya nak belajaq ayah saya bagi ja la.Hahahaha. Ok habis part one. Part two lak. Pasal orang yang hampir menangis.



Ni la dua orang yang hampir menangis. Hahahaha. N x pecaya lansung yang saya nak pindah~ Hahaha. Kami ni kawan dari Form 1. Pastu msa form 4 si budak baju biru ni pindah p free school. Pastu saya lak p SBP. Kesian budak baju merah. Dok sorang. Hahahaha. X pa. Si baju biru request komik psal kami bertiga. Saya pon dah pikir2kan idea jalan cita smua. Hahahaha.

Pastu part three lak pasal kawan2 yang sedih. Zairul, Hilmi banyak la kawan2 lama. Yang sedih. Hahahaha. Nak buat mcam mana. Suratan Takdir dah tertulis yang kita berpisah. Tu ja la. Hahahaha. So. Apa cita menarik a? Ha. Haritu saya dok tepi jalan dok tunggu lampu merah so boleh cross jalan. Pastu sebelah saya ada satu kakak ni. Hahaha. Masa dok tunggu tu ada sorang pak cik bawak moto dok buat bunyi tikus lak kakak tu. Bhahahaha! Kakak tu buat  layan ja! Kesian~

Pastu Hmmmmm x da papa dah kot. Hahahah. Act malas nak tulis panjang. K :D

Friday 1 March 2013

Selamat Tinggal Al-Mashoor =')


Assalamualaikumwarahmatullahhiwabarakatuh!


Hahahaha.Lama update an? Seperti biasa sibuk n x  da idea. XD

So hari ni ada pulak idea. Pasal. perpindahan saya ke sekolah lain.
Saya sebelum ni dok skolah mashoor. dah 4 tahun dok situ. Pastu tahun ni saya dapat

tawaran pergi ke sekolah yg saya minta dari form 1 lagi.  Form 4 baru dapat. Haih. SEDIHKAN?

X pa la. Nak wat cam na. So Alhamdulillah. Dapat gak. Kawan2 saya nampak saya mcam teruja sangat2 nak p. Mcam x sedih. Tapi saya agak sedih. Sbb dah 4 tahun dok situ. Bayangkan. Klau p kem 3hari 2malam pon. Punya banyak kenangan. Ni 4 tahun. Hahahaha. Sedih la jugak. Tapi nak buat mcam mana. Adat kehidupan. Ada pergi ada yg datang. Anyway. Saya first time dok asrama ni.So sapa2 yg berpengalaman tu, boleh la beri tunjuk ajar kan?

Act masa mula2 dapat tu saya x mo p. Pastu ayah saya btau pak sedara saya. Dya pastu nak cakap ngan saya. Pastu dya suruh sya p. Mula2. X mo gak. Pastu dya cakap "Faiz, kalau x mo p sbb kawan rugi la. Nanti kalau depa dapat, depa tinggal faiz cm tu ja." Saya pon fikir. Emmmm.. Mcam btul gak.
Hahahhaa. So saya tetapkan hati nak p. Saya dapat tawaran ni ngan kawan saya. Zamir



Hensem x? Dya ni dok skolah laki saja pon ada peminat. Tambah2 dok skolah laki pompuan. Haaa. Berbondong-bondong mai. Masa dok skolah laki pompuan tu. Bukan laki la minat dya. Hehehehe. Nanti ada lak yg ingat laki minat dya. Pastu kami dua dah p kluaq sama2 beli barang keperluan smua.
Masalahnya skang. Nak dok sebulan agak2 bapa baju nak bawak? Haaaa. Tu kena tanya orang berpengalaman. Hahaha. Saya ni beginner. X pa. Nanti jadi expert ampa x yah btau dah. Kami lak btau apa nak bawak hehehehehe.

Ok2.Pastu beli mcam2 benda. Mahal o~ Hahahaha. Pastu banyak lagi keja x buat. Medical check up. Hantaq buku teks. Pastu hantaq surat berhenti kolah. Hahaha. Masa saya tunjuk surat tawaran kat adik saya, dya menangis x mo bagi saya p. Hahahah. Apa la. Org bukan p mati. P belajaq ja pon. Hahahaha. Anyway. Semoga budak2 kat sana dapat menerima saya dengan seadanya. Amboi mcam ayat2 kekasih lak. Hahahaha.

Saya sebenarnya sedih sbb banyak budak zaid yg pindah. Termasuk saya skali. Dulu msa dok dalam kelas rasa mcam skit orang. Pastu bila tengok gambaq, baru perasan banyak. Hahahaha. Masa dok mashoor. Dok ngan laki2 ja. So senang nak melawak smua. Hahaha. Ni x tau la apa jadi. Agak2 saya boleh survive x? Apa yang saya harapkan ialah semua budak2 kelas 3 zaid tetap berjaya walaupun di mana2 sahaja.

3zaid sentiasa dalam KENANGAN



Friday 11 January 2013

Komik-Komik Ku~





Assalamualaikumwarahmatullahhiwabarakatuh~

Haaa. Lama saya x update blog. Malas n x da idea.(Actually ada tapi malas nak menulis. Hehe)


Ok2. Hari ni saya nak cita skit psai komik2 yang telah saya beli. Saya x mo tunjuk semua. Just tunjuk yang best2. Yang saya minat sangat2.


Ok first of all. Misi8A iaitu pencetus keminat-an saya kepada komik selepas bertahun tidak membeli komik. Hehehehe. Komik ni juga motivasi untuk saya belajaq msa PMR. Hahha.



Kemudian~ Jeng~ Jeng~ Jeng~
Misi10A


Seterusnya~
Misi10A+


Kemudian~
Ali dan Tuah: Sarang 4 penjahat. Best o~



Hahaha.Ni pulak Smash20(Cita psai badminton. Sya pon minat badminton Hehehe)





Pastu~
Reda: Doa untuk Ibu~

/

Dan akhir sekali~

Buku dari siri X-venture(Dinosaur)
Saya minat gila2 dinosaur Hahahaha.






Actually. Saya ada banyak lagi. Tapi. Hahaha. Buat apa nak tunjuk an?

Apa? Nak pinjam? Haha boleh. RM120. sekali ngan penghantaran, Hehehe. X da la.
Kalau kawan2 tu. Boleh la bagi pinjam tapi kena bagi balik.

Tapi kalau kawan2 jauh. Tu Emmmm. Hehhe. X tau la.
Ok la~ Jumpa di lain post~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...